Are you going to sack her???
Or pretending as if nothing has happened???
Tarikh : 10 November 2010
Kepada :
Dato' Zakiah Ibrahim,
Setiausaha Sulit Kanan,
Perdana Menteri Malaysia.
Ybhg. Dato' ;
MAKLUMAT KAITKAN DATO' DENGAN PENYELEWENGAN, MOHON RESPON
Telah memperolehi satu maklumat dari individu yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang mengaitkan Dato' dengan kegiatan penyelewengan dan pengumpulan harta yang luar biasa.
Pemberi  maklumat telah menggelarkan Dato' sebagai 'ZAKAYA' dan menyifatkan  Dato'  sebagai merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat  Perdana Menteri.
Pemberi  maklumat menyatakan Dato' Tidak menyukai publisiti, tetapi dalam diam  'mengumpul harta bernilai 'RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun  menguasai pejabat PM.
Pemberi  maklumat menyifatkan Dato' Zakiah adalah individu yang memuktamadkan  siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di  Kementerian Kewangan.
Kononya menurut pemberi maklumat Kuasanya melebihi kuasa Datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.
Pemberi  maklumat menyatakan juga Dato' menggunakan bilik yang betul-betul  terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai  dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua  UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.
Pemberi  maklumat menyatakan dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan  sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya  Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan  seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee  Director” untuk Zakiah.
Menurutnya  lagi, modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat  yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua  bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk  berkongsi kekayaan dengan beliau.
Menurut  pemberi maklumat kononya satu lagi keistimewaan Zakiah adalah beliau  boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau  supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau  pegawai kanan kementerian tersebut., Pemberi maklumat turut mengemukakan  dua bukti 2 syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan  memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan  pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.
Sehubungan  dengan itu saya menulis surat terbuka ini untuk memohon penjelasan  segera Dato'. Saya bersedia menyiarkan penjelasan Dato' sebagaimana  surat terbuka ini disiarkan. Maklumat yang diberikan mungkin sahaja ada  ketidak kebenaranya, namun selaku penjawat awam Dato' seharusnya juga  bertanggungjawab untuk dilihat bersih dan perlu menjawab kepada rakyat  awam. Dato' Boleh sahaja menafikan, namun perlu memberikan penjelasan  termasuk kewujudan dokumen berkaitan. Harap Dato' dapat respon perkara  ini dengan hati terbuka untuk menjelaskan perkara sebenar kerana demi  menjaga kepentingan awam.
Sekian dan terima kasih
cheGuBard
ahli Majlis Pimpinan Pusat
Parti Keadilan Rakyat.
 
tahniah chegubard. surat terbuka untuk member-member kite kat sarawak, bile lagi?
ReplyDeletebukan arahan bini najibkah?
ReplyDeletemun arahan bini najib, cadangan ya datang dari sibu conman.
ReplyDeletemena cerita ya, patut bisnesmen bumiputera lain dah bankcrupt masa tok
ReplyDeletediharap sidak kontraktor mauk berkongsi cerita untuk dikongsi bersama.
ReplyDelete