Bukti Dato' Zakiah Ibrahim, Setiausaha Sulit Najib ada rumah bernilai RM5juta
|  | 
| ZAKAYA, Setiausaha Sulit Najib | 
Berkaitan  email terdahulu yang dihantar. Ini bukti-bukti baru yang saya serahkan.  Demi menghormati privicy beliau, saya harap sdr tidak siarkan alamatnya  dalam blog sdr. Hanya untuk pengetahuan sdr saja.
Deep Throat JPM
terima kasih.
------------------------------------- 
 
1. Dato’Zakiah Ibrahim AKA ZAKAYA telah mengarahkan PRnya untuk menjawab dakwaan yang didedahkan oleh blog-blog dan laman berita internet.
2.  Penjelasan ZAKAYA hanya berligar soal beliau bukan setiausaha sulit PM  Najib Tun Razak tetapi setiausaha sulit Menteri Kewangan yang namanya  juga Najib Tun Razak, dan kisah sedih kononnya beliau memang tidak lagi  ingin bekerja sebagai salah seorang setiausaha sulit Najib tetapi  dipaksa berkerja juga.
3.  Persoalan penting mengenai wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk  mendanai syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd ditidak  dinafikan beliau.
4.  ZAKAYA tidak menyentuh hubungan beliau dengan CEO dan salah seorang  lembaga pengarah syarikat Aero Tree Defence & Servives Sdn Bhd.
5.  Beliau tidak menafikan atau mengiyakan mengenai pinjaman berjumlah  RM200 juta yang diberikan oleh dua buah institusi kewangan kepada  syarikat tersebut untuk perniagaan bernilai RM20juta.
6.  Kini apakah beliau berani menafikan, bahwa beliau memiliki rumah agam  bernilai RM5 juta dengan kos untuk hiasan dalaman sahaja melibatkan  perbelanjaan RM2 juta dengan mengupah perunding terbaik dari Da Vinci  Group Holdings. Sila lihat jenis perabotnya  dihttp://www.davinciasia.com/home.html
7.  ZAKAYA baru tinggal di rumah tersebut pada Disember 2009 dan sesuai  dengan sifatnya yang low profile, rumah mewah itu bukan di Bukit  Damansara atau Taman Duta tetapi di Setiawangsa.
8.  Soalnya dari mana wang yang beliau perolehi untuk memiliki kediaman  mewah itu. Apakah hanya semata-mata dari gaji yang dibayar kerajaan  kepada beliau selaku setiausaha sulit Menteri Kewangan?
9.  Apakah beliau menafikan pada bulan May dan Jun lalu pada beliau telah  menemui seorang ketua bahagian UMNO (Datuk O) dari negeri sebelah Utara  untuk satu projek solar dengan janji komisen sebanyak RM5juta? Dan jadi  dengan projek tersebut?
10.  Siapa ahli perniagaan wanita berbangsa Cina yang akhirnya memperolehi  projek tersebut dan benarkan ZAKAYA dan ahli perniagaan wanita itu  berkongsi keuntungan RM35 juta, lebih 30 juta dari yang dijanjikan oleh  ketua bahagian UMNO itu? Kedua-duanya salah, dan rakyat perlu tahu  perkara sebenar. Sila jelaskan!
11.  Kami juga mencabar SPRM menyiasat satu projek direct nego di Sabah  membabitkan salah seorang kroni ZAKAYA. Apa yang menjadi misterinya  adalah bagaimana Bahagian Perolehan Kementerian Kewangan memberi  kelulusan untuk ‘rundingan terus’ tersebut.
12. Benarkah ZAKAYA memberitahu Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa yang memberi kebenaran untuk ‘rundingan terus’ itu adalah PM Najib yang juga Menteri Kewangan.
13.  Siasat juga apa jadi dengan projek lombong emas di Pahang, di mana  ZAKAYA berganding bahu dengan sanak-saudara MB Pahang untuk  merealisasikan penggalian emas itu?
14. ZAKAYA dalam emailnya seperti yang disiarkan oleh blog chegubard tidak menafikan bahawa pejabat beliau sebelah dengan bilik Menteri Kewangan yang juga PM.
15.  Kami ingin mendedahkan bahawa ZAKAYA mempunyai kuasa mutlak terhadap  Jabatan Perolehan Kementerian Kewangan dan perkara ini boleh disahkan  oleh Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan (SBPK) Dato Fauziah Bt  Yaakob.
16.  Selama ini Dato Fauziah selalu tidak berani melawan arahan-arahan  ZAKAYA walaupun bertentangan dengan SOP jabatan kerana beranggapan  bahawa permintaan ZAKAYA merupakan arahan PM.
17.  ZAKAYA dalam penjelasannya mengatakan beliau “pernah minta ditukar”  hakikat sebenarnya adalah beliau nyaris ditukar tetapi kerana rayuan  dengan “air mata” di depan pegawai utusan dan keluarga PM maka beliau  selamat.
18.  ZAKAYA mengatakan suaminya tidak pernah ke rumah PM, hakikatnya suami  ZAKAYA menggunakan proksi ahli perniagaan Cina Sarawak untuk ‘pindah’  wang dan cek. SPRM boleh periksa jika ragu-ragu sebelum semua ‘kekayaan’  itu dialihkan ke luar negara terutamanya di Paris di mana ZAKAYA mempunyai sebuah lagi rumah.
 



bila gik nak keluar cerita cb conman??????????
ReplyDeletekalau aku jadi setiausaha sulit Menteri Kewangan ada duit 200juta. dah lamak berenti kerja. Sik kan la masih mauk kerja. senang kenak siasat.
ReplyDeleteKdg2 cerita mcm sik masuk akal. kita di malaysia nang suka berita burung
najib dapat rm500 juta komisen pun masih bekerja! so, sik eran mun setiausaha sulit ya masih bekerja. pokok pangkalnya tamak....................
ReplyDeleteApa salah jika saorang punya wang banyak dinegara ini? Sudah tentu tidak salah, asalkan wang nya itu wang halal dan bukan wang rompakan.
ReplyDeleteMunkin wang itu ditemui dalam tempat buangan sampah atau pun terjatuh ketepi jalan, itu nasib nyalah.
Ramai orang jumpa wang sampai satu dua juta ditepi jalan di negara ini, dan itu semua nasib dan rezki datang bergolek.
waktu tok sidak jabatan banyak polah hari integrasi. seelok-eloknya, polah hari integrasi dalam opis setiausaha pm tok. jangan merik ceramah dengan sidak kakitangan kerajaan yang makan duit kecik tapi sidak makan duit besar sik di berik ceramah juak. mun dapat tangkap terus.
ReplyDelete